what a Sem

Banyak yang telah berlaku sem ni..sem 1 sesi 2010/11..
pertama: dilantik jadi s/u
ulasan: UIH byknya kerja..report, report, minute,minute, calling2, meseg2...multi-tasking...tapi say suka kerja saya..walaupun sepanjang melakukanya, ada nangis2, xtdor...semuanya dilakukan atas nama tanggungjawab..cuma kadang2 pelik ada jugak yang talk much and didnt walk much..apa yang boleh dilakukan..
doakan yang terbaik untuk mereka..


kedua: masalah peribadi...
ulasan: selalu digosipkan, wlaupun xbetol..maybe i should just keep myself quiet and just hang with my girl friends, ada jugak masalah yang tersimpan...cuma sesetengah yang mengetahui..(anda yang mengetahui kawan yang saya percayai) benda ni lebih baik disimpankan sebab akan memburukkan keadaan..


ketiga : Fokus lari
Ulasan : saya tidak sepandai dahulu, memang betul secara biologinya kepandaian merupakan suatu karakteristik yang berubah-ubah..saya tidak serajin dahulu, apa nak jadi dgn anak cek mat ni...saya sepatutnya menjadi harapan keluarga kerana merupakan anak bongsu yang sepatutnya mengambil kursus perubatan:ouh how disappointing i am...sekarang tidak sebijak dahulu, mungkin kerana terlalu sibuk, tetapi itu bukan alasan, mungkin sya sudah tidak begitu serius...apa nak jadi...


keempat: ambil lesen
ulasan : telah mula mendaftar pada tanggal 28 november..baca buku undang2, buat soalan, menjawab dalam kuliah, menjawab soalan time test..Alhamdullillah lulus..sedang menunggu lesen L keluar..
sungguh bosan di rumah..budak gempal sminggu di rumah daddy nya..xde kawan gaduh2..syukur ada lah jugak buku2 berguna untuk dibaca...


kelima: sejarah menghantui
ulasan: permintaan dibuat untuk kali ke berapa dah xingat..tapi telah mengambil keputusan untuk tidak mengiyakan, terbaik untuk waktu ini..


keenam: Result yang sudah dijangka
'zhong dou de dou, zhong gua de gua'...bak kata pepatah...saya mengaku sya tidak setekun dahulu, ntah ke mana hilang semngat 3 tahun lalu, manakah naadiah mazlani menghilang...
mungkinkah ini ujian untuk menyedarkan diri yang telah hanyut jauh dari matlamat sebenar..
saya xmahu kecewakan keluarga saya..saya mahu menjadi manusia yang berguna...dan menolong insan yang memerlukan...bangkitlah naadiah..bangkitlah...
Saya harus berubah..harus berubah...


Kesimpulan:
Sem ni banyak pengalaman dan kenangan yang telah saya dapat..
saya kenal mana kawan mana lawan..
saya tahu mana yang baik mana yang tidak baik..
semuanya membuka mata..
Sya harus berhijrah ke arah yang lebih baik..
banyak sungguh ujian yang telah diberikan..namun saya tahu, Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNYA...Ada hikmah disebalik kejatuhan...moga2 diri ini diberi kekuatan untuk menjalani segala yang mendatang...semoga sahabat yang mengalami perkara yang sama juga akan diberikan kekuatan...
sekian setakat ini...

Comments

Popular posts from this blog

Amazing Bedsheet By Amazon with more than 400K ratings.

Feedback, reflect, journaling

Parenting is a huge responsibility